Header Ads

ad

Warung Makcik Kiah Sri Petaling



Manis-manis si buah kurma
Memang semanis rasa gula
Kami mengucap Selamat Berbuka Puasa
Untuk semua rakan saudara 




Alhamdulillah syukur kerana kita masih diberi peluang berpuasa di bulan Ramadhan ini. Semoga Ramadhan tahun ini kita semua mandapat keberkatan dariNya..Aamin. Baiklah seperti tahun lepas, mukadimah Majlis berbuka puasa untuk tahun ini pula adalah dari Majlis Berbuka Puasa yang di anjurkan oleh Premia International Sdn Bhd. Majlis ini dibuat di Warung Makcik Kiah (McK) Sri Petaling pada hari jumaat, 18hb Mei 2018 bersamaan 2 Ramadhan 1439H bermula dari jam 6.00 - 8.30 malam.


Hasil ilham daripada Y.Bhg Dato' Paduka Syed Isa Syed Alwi ( Pengarah urusan Premia International Sendirian Berhad ), Restoran MCK baru beroperasi sejak 5 bulan lepas di Sri Petaling. Nama McK diambil sempena nama Allahyarham ibunya Cik kiah yang dikenali ramai dengan masakkannya di kuantan lebih (4) dekad yang lalu



Pada hari biasa, McK menyediakan pelbagai jenis masakan tempatan dan Thailand bermula dari 11 pagi hingga jam 10 malam. Selain anda datang menjamu selera di restoran ini, para pelanggan juga boleh menempah makanan melalui Food Panda. Kaedah pembayaran adalah secara tunai dan melalui pembayaran online seperti Fave.


Buffet Ramadhan

Pengalaman memasak oleh Chef McK sejak 20 tahun lepas membolehkan memasak lebih dari 25 jenis hidangan masakkan tradisional dari pelbagai etnik Malaysia. Anda akan merasa hidangan seperti Telur astaxanthin masak balado, hidangan ayam, daging, udang sotong, sayur dan macam-macam lagi.









Makanan Laut Segar dari Sandakan
Sandakan yang terletak di negeri Sabah memang terkenal dengan kesegaran makanan basah dan lautannya yang bersih. Selain hidangan di atas, anda akan merasa hidangan segar makanan laut dari sandakan yang disajikan seperti ikan kerapu, jenahak, merah, tenggiri, siakap liar, pari, udang laut dan ketam bunga. Memang sedap.



Sup tulang da sup tomyam pun ada tau, boleh ambil dekat tepi sebelah minuman sirap ais. Nak order milo ais pun ade, yang saya suka air asam boi.  Masih terasa bila masuk tekak. Jangan risau semua jenis pun minuman ada di sini. Sepanjang bulan Ramadhan ini McK menyediakan dua set menu hidangan berbuka puasa khas untuk pelanggan.

Set Menu A
Hidangan: 2-3 orang / Harga pakej: RM 29.90

Kurma, Nasi Putih, Daging Padprik, Sayur Campur, Tom Yam Ayam, Sirap dan Buah-buahan potong.

Set Menu B
Hidangan: 4-5 orang / Harga pakej: RM 59.90

 Kurma ,kuih-muih Nasi Putih, Daging Padprik, Sayur Campur, Telur Dadar, Tom Yam Ayam, Sirap dan Buah-buahan potong.


Harga sangat berbaloi. Usah berlengah lagi, mari tempah sekarang

Klik link ini untuk lihat video https://youtu.be/qZGbn13HNdk

Warung Makcik Kiah
No 15, Jalan Radin Bagus 9, Sri Petaling 57000 Kuala Lumpur
En Rizal 017-2767273 Email: info@premia.com.my



No comments