Header Ads

ad

#travelogueisland Pulau Pangkor Perak Malaysia


BORAK KITA 
mempersembahkan 

#travelogueisland Pulau Pangkor Malaysia

5 hari 4 malam


Pulau Pangkor adalah sebuah pulau tropika kecil yang terletak di luar pantai barat di negeri Perak. Keluasannya cuma 2200 hektar membolehkan para pengunjung mengelilingi pulau dengan santai menaiki Van hanya dalam masa 30 - 40 minit sahaja.

Pulau Pangkor ini terkenal dengan pantai seperti Teluk Nipah, Pantai Pasir Bogak, Coral Bay dan Pasir Giam. Selain itu terdapat tapak peninggalan sejarah seperti Dutch Fort ( Kota Belanda ) dan batu bersurat. Kini terdapat satu lagi tarikan utama baharu di sini iaitu Masjid Terapung Pulau Pangkor.


Bagaimana hendak ke Pulau Pangkor?


Kenderaan Sendiri
Melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan keluar melalui susur keluar Gopeng menuju ke Lumut / Sitiawan. ( 3 - 4 jam )

Lebuh Raya Ipoh - Lumut memudahkan perjalanan dari Ipoh ke Pulau Pangkor ( 90 km di Barat Daya bandar Ipoh- Lumut )


Penerbangan daripada Lapangan Terbang Subang

Menaiki Berjaya Air ke Padang Terbang Pulau Pangkor yang dianggar dalam masa 45 minit .











Pengangkutan Awam 

Dengan menaiki bas dari Terminal TBS Kuala Lumpur. Masa perjalanan mengambil masa 4- 5 jam untuk tiba di Jeti Lumut atau Jeti Marina Island 

Anda hanya beli tiket bas secara online sahaja di SINI. Saya cadangkan lebih baik anda pilih Jeti Marina Island kerana hanya 10 minit sahaja masa perjalanan dari Jeti Marina Island ke Jeti Pulau Pangkor.





















No comments