Gabungan Citarasa Steak Malaysia & New York
Steak adalah salah satu menu makanan Western Food yang popular di serata dunia dan hadir dengan pelbagai jenis masakan mengikut citarasa asli setiap negara. Steak adalah potongan daging ( lembu atau ikan ) yang akan dipanggang atau di goreng menggunakan sedikit lemak atau minyak. Kebiasannya potongan dan berat adalah diantara 100g - 400g. Sebelum dimasak atau dipanggang, anda boleh membuat pilihan seperti hendak bahagian RIBEYE ( tulang rusuk mata ), NY - STRIPLOINE ( potongan daging sahaja) atau T-BONE ( tulang dan isi daging )
Semasa steak dimasak ia akan menimbulkan aroma wangi yang pasti menggoda selera. Selain daging empuk yang lembut, anda akan disajikan dengan sayur sayuran segar, mentega, tomato, apple, rempah ratus asli seperti oregano dan tyhme, garam, lada putih dan terbaru keranggupan CRISPY bawang putih asli.
Pelbagai gaya penyediaan masakan yang anda boleh cuba. Kerana tidak semua jenis steak perlu dimasak dengan sempurna. Ada bahagian daging tertentu akan mengeras jika di masak keseluruhan. Oleh itu terdapat enam variasi masakan yang anda boleh cuba di NY Steak Shack.
JENIS VARIASI MASAKAN:
BLUE RARE - Mentah, 100% merah
RARE - Agak mentah, 75% merah
MEDIUM RARE - Normal, 50% merah
MEDIUM - Normal, 25% merah
MEDIUM WELL - Nampak masak, warna merah jambu
WELL DONE - Masak sempurna, warna dah coklat
Rata - rata kebanyakkan pelanggan yang datang akan memilih Medium Rare hingga Medium Well. Kalau menurut pilihan saya pula adalah Medium Rare kerana akan terasa JUICY semasa mengunyah dan feel rasa geram tu ada, boleh hilang stress saya terus lepas penat seharian bekerja. Hahaha
Meja untuk dua orang
Meja untuk 4 orang
Meja untuk 6 orang
Untuk pengetahuan saudara saudari semua, sekarang promosi
Sizzling Steaks Special bermula dari 12 - 25 Feb 2018
Sizzling Steaks Special bermula dari 12 - 25 Feb 2018
Pumpkin Soup & Banana Milkshakes
Big Apple & The Empire
Sizling Ribeye Steak with Crispy Garlic
Sharing Platter - The Trio Platter
FRESH FRUIT MOCKTAILS
Sedap Segar Syoknya
Minuman Mocktails buah-buahan segar pun ada di sini. Anda boleh matchkan minuman mengikut menu pilhan anda. Kalau pilihan saya sejak tahun lepas sampai sekarang semestinya minuman Banana Milkshakes jew. Sedap dan rasa lembut2 bila masuk ke dalam tekak . Hirup perlahan-lahan sedar - sedar je dah habis pula...order lagi 1.
SIZZLING CELEBRATION
Kepada mereka yang ingin menyambut perayaan, makan bersama dengan staff, sambutan hari jadi, suprise, hari keluarga, valentine day semua itu anda boleh buat di sini.
Kepada mereka yang ingin menyambut perayaan, makan bersama dengan staff, sambutan hari jadi, suprise, hari keluarga, valentine day semua itu anda boleh buat di sini.
Pilihan Utama Artis Malaysia
Faizal Hussein
Rahim Of Sepahtu
Tomok & family
Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi
Adam Corrie & Family
Untuk pengetahuan anda semua, NY Steak Shack telah mula beroperasi sejak julai 2014 dan pembukaan restoran yang pertama adalah di Mid Valley Megamall kuala lumpur. Sepanjang ianya beroperasi kini terdapat 10 cawangan lain di serata Malaysia.
Mid Valley Kuala Lumpur
Sunway Pyramid Bandar Sunway Petaling Jaya Selangor
IOI City Mall Putrajaya
1 Utama Shopping Centre Damansara
Subang Parade Shopping Mall
AEON Mall Shah Alam
Sunway Velocity Mall
SOGO Malaysia Kuala Lumpur
Alamanda Putrajaya
Melawati Mall Ampang
Apa tunggu lagi, mari rasai gabungan citarasa steak Malaysia & New York. Harga yang sungguh berpatutan dan kali ini jom rasai Sizzling Steaks Special Edition!
Kami menanti kehadiran anda :)
NY Steak Shack
L3-08, Third Floor, Melawati Mall,
355, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati (7.65 km)
53100 Kuala Lumpur, Malaysia
53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-4161 0826
Masa operasi: 10:30 pagi - 10:00 malam
untuk memudahkan informasi promosi di masa akan datang,
sila like media sosial kami. Terima Kasih
Post a Comment